Lima rumah pusat pengajian pondok hangus

Iklan
Lima buah rumah pondok dua tingkat hangus dalam tragedi kebakaran pada malam Ramadan ke-4 pada Khamis.

YAN - Lima unit rumah pondok dua tingkat di pusat pengajian Pondok Fauzi di sini hangus dalam kebakaran ketika umat Islam sedang menunaikan solat tarawih, pada Khamis.

Kejadian menyebabkan kemusnahan hampir 90 peratus kelima-lima rumah tersebut.

Iklan
Iklan

Pegawai Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Nor Iman Mustaffa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.38 malam.

Menurutnya, anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, bergegas ke Pondok Fauzi yang terletak berdekatan Kampung Sungai Udang pada jam 9.41 malam.

Iklan
Kebakaran menyebabkan kemusnahan sehingga 90 peratus membabitkan lima buah rumah di Ponduk Fauzi, Yan.

"Operasi memadam kebakaran turut dibantu BBP Guar Chempedak, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Limau Dalam, PBS Gurun, PBS Guar Chempedak, PBS Padang Lembu, PBS Bedong dan PBS Kampung Baru Rangkaian Simpang Empat," katanya.

Difahamkan, api dapat dikawal pada jam 10.10 malam.

Iklan

"Setakat ini dikatakan tiada mangsa terlibat, bagaimanapun punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.