Penganggur mengaku tidak bersalah dera anak kekasih

Iklan
Muhammad Fakhri (kiri) menukar pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan pada Mac lepas.

BUTTERWORTH - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan, yang merupakan anak kekasihnya, pada Mac lepas.

Muhammad Fakhri Abdul Muthalib, 25, yang sebelum ini mengaku salah terhadap pertuduhan itu bagaimanapun menukar pengakuan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan semula di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Iklan
Iklan

Kes itu pada mulanya ditetapkan untuk prosiding jatuh hukum hari ini (Jumaat) selepas tertuduh mengaku bersalah pada 16 Mac lepas.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik sebuah pangsapuri di Jalan Harbour Place di sini pada jam 9 malam, 6 Mac lepas.

Iklan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 32(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Muhammad Fakhri diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei untuk sebutan semula.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat dan tertuduh diwakili peguam Anbananthan Yathiraju. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mengaku salah cederakan bayi