Chef Restoran OpenHouse Suria KLCC, Azli Ahmad, 42, menunjukkan 16 jenis hidangan yang disajikan di restoran tersebut hari ini.
Antara menu warisan negara yang dihidangkan ialah Kerabu Sotong bersama Kebebe, Sambal Neraka, Sambal Tempoyak, Sambal Belacan, Siakap Gulai Perah, Udang Masak Umbut Kelapa bersama Lemak Pucuk Daun Gelugor, Rendang Tok dan Ikan Patin Masak Tempoyak Daun Pijat.