Aksi United, Roma ibarat buku dengan ruas

Iklan
Cavani merembat ke gawang Granada untuk gol sulung United

PENGENDALI Manchester United Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan aksi berdepan gergasi Serie A, Roma pada aksi separuh akhir Liga Europa 29 April kelak sebagai satu pertembungan buku dengan ruas dalam saingan berprestij di peringkat Eropah.

Menurut Solskjaer, pihaknya tidak sabar untuk mengharungi aksi separuh akhir berkenaan walaupun ia bukannya kali pertama skuad The Red Devils itu berdepan dengan kelab Itali khususnya pada saingan di pentas Eropah.

Iklan
Iklan

Justeru katanya aksi separuh akhir pertama di Old Trafford kelak perlu dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu kejayaan skuad kendaliannya itu.

"Roma adalaah kelab yang berpengalaman dan kaya dengan sejarah; namun kita juga pernah mencatatkan keputusan yang baik ketika berdepan dengan kelab dari Itali sebelum ini.

Iklan

"Oleh itu, walaupun bakal berdepan dengan pelbagai kesulitan kelak, kami sudah tidak sabar untuk berdepan Roma pada aksi separuh akhir kali ini.

"Diharapkan juga pertembungan ini memihak kepada kami untuk kami mara ke final dan seterusnya memenangi trofi Liga Europa sebagai pelengkap kepada musim ini,” katanya.

Iklan

Solkskjaer berkata demikian setelah menyaksikan skuad kendaliannya itu mengesahkan slot ke separuh akhir Liga Europa apabila menewaskan kelab Sepanyol, Granada 2-0 di Old Trafford, pada aksi kedua suku akhir awal pagi tadi.

Aksi suku akhir pertama di Los Carmenes 9 April lalu menyaksikan The Red Devils itu turut menang 2-0 dan sekali gus menjadikan kedudukan aggregat 4-0 memihak kepada United.

Mengulas mengenai kelebihan dimiliki Roma, Solskjaer berkata, skuad berkenaan dilihat memiliki benteng pertahanan yang agak sukar untuk ditembusi lawan.

Malah katanya, pemain Roma juga dilihat beraksi dalam dua perlawanan yang baik ketika menentang Ajax Amsterdam pada aksi suku akhir pertama dan suku akhir kedua.

"Mereka diihat telah bersedia apatah lagi setelah mengharungi dua perlawanan yang baik ketika berdepan Ajax Amsterdam.

"Benteng pertahanan mereka juga kelihatan agak mantap seperti mana sistem yang digunakan oleh skuad kebangsaan Itali.

"Bagaimanapun, kita tetap melakukan persiapan terbaik bagi berdepan dengan skuad hebat seperti Ajax,” katanya.