Ramadan baru sahaja diraikan. Namun, persiapan Aidilfitri lazimnya dilakukan lebih awal bagi mengurangkan kesesakan atau tidak kelam kabut, apatah lagi dalam keadaan negara masih dibelenggu wabak Covid-19.
Tahun lalu, sambutan Aidilfitri amat terbatas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan. Bagaimana tahun ini?
Bercerita tentang raya, tidak akan berseri tanpa pakaian baru yang indah-indah, tidak akan sempurna tanpa juadah terutama pada hari raya pertama. Masa untuk makan-makan pagi raya akan lebih meriah apabila pakaian sedondon digayakan bersama.
Tak perlu pening kepala untuk fikirkan tentang tema pakaian sedondon untuk seisi keluarga, Pusat Pakaian Hari-Hari kan ada!
Pusat Pakaian Hari-Hari menawarkan lebih daripada apa yang anda perlukan. Set pakaian untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak lengkap dari hujung kepala hingga ke kaki didatangkan dengan pelbagai corak, warna dan rekaan pastinya mampu memenuhi cita rasa anda untuk digayakan pada pagi Syawal.
Apa yang menarik, Pusat Pakaian Hari-Hari turut menawarkan hadiah percuma sampul raya bagi pembelian RM100 dan ke atas, sementara pembelian RM200 dan ke atas bakal membawa pulang beg ungu Hari-Hari.
Tawaran bermula dari 23 April sehingga kehabisan stok di semua 85 cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Malaysia. Pusat Pakaian Hari-Hari Bakal dibuka 5 cawangan lagi iaitu dia Kajang, Klang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah.
Apa tunggu lagi, dapatkan segera di Pusat Pakaian Hari-Hari berdekatan anda.
Jom sedondon bersama Hari-Hari sepanjang lebaran nanti!