BNM semak semula notis pertukaran asing

Iklan
1035404 (1)

KUALA LUMPUR- Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan semakan semula Notis Pertukaran Asing berikutan liberalisasi dasar pertukaran asing pada bulan lepas.

Notis Pertukaran Asing itu menetapkan persetujuan bank pusat bagi transaksi yang dilarang di bawah seksyen 214(2), dibaca bersama Jadual 14 Akta Perkhidmatan Kewangan, dan seksyen 225(2), yang dibaca bersama Jadual 14 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.

Iklan
Iklan

"Notis Pertukaran Asing ini akan menggantikan Notis Pertukaran Asing yang dikeluarkan pada 30 April 2020.

"Notis ini juga menetapkan keperluan, sekatan dan syarat kelulusan dan arahan bank pusat,” menurut BNM pada Jumaat.

Iklan

Pada bulan lepas, bank pusat mengumumkan langkah untuk meliberalkan dasar pertukaran asing untuk memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global dan menarik pelaburan langsung asing ke negara ini. - Bernama

Iklan