Pemandu cedera, lori tangki minyak terbakar

Iklan
Gambar Hiasan

MIRI – Seorang pemandu lori tangki yang membawa 33,000 liter petrol dan diesel cedera setelah lori yang dipandunya terbalik serta terbakar, dalam kemalangan berlaku di KM51, Jalan pesisir Miri-Bintulu pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, pemandu lori tangki tersebut berusia 30 tahun itu telah dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Punca kemalangan masih disiasat dan kebakaran lori tangki tersebut menyebabkan kerosakan talian milik Telekom berhampiran," katanya di sini hari ini sambil menambah kemalangan tersebut menyebabkan laluan kedua-dua arah tidak dapat dilalui buat sementara waktu awal pagi ini.

Menurutnya, Bomba Miri telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.33 pagi, dan menamatkan operasi pukul 11.45 pagi. - Bernama

Iklan
Iklan