Jualan kenderaan naik 33 peratus Mac 2021: MAA

Iklan
Jualan kenderaan di Malaysia meningkat 33 peratus kepada 63,878 unit pada bulan Mac tahun ini berbanding 21,242 unit pada bulan yang sama tahun lepas. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Jualan kenderaan di Malaysia meningkat 33 peratus kepada 63,878 unit pada bulan Mac tahun ini berbanding 21,242 unit pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, ia memaklumkan beberapa syarikat kereta bergegas untuk membuat penghantaran pada bulan lepas berikutan tahun kewangan mereka berakhir pada 31 Mac 2021, di samping membuat persediaan untuk pelancaran model baharu.

Iklan
Iklan

MAA berkata, jualan kenderaan penumpang meningkat kepada 56,478 unit pada Mac 2021 berbanding 18,974 pada Mac 2020 dan jualan kenderaan komersial turut naik kepada 7,400 unit pada bulan berkenaan berbanding 2,268 unit sebelum itu.

Persatuan itu mengaitkan jumlah keseluruhan industri sektor automotif Malaysia yang rendah pada tahun lepas adalah disebabkan pengkuatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

Berdasarkan bulan ke bulan, jumlah jualan bagi Mac 2021 adalah 49 peratus lebih tinggi berbanding Februari 2021, katanya.

Daripada segi jumlah pengeluaran, MAA berkata, sebanyak 62,221 kenderaan dihasilkan pada Mac 2021 berbanding 22,657 unit bagi bulan yang sama tahun lepas.

Iklan

Ia menyatakan pengeluaran kenderaan penumpang meningkat kepada 58,102 unit pada bulan Mac 2021 berbanding 21,087 pada bulan Mac 2020, sementara pengeluaran kenderaan komersial juga meningkat kepada 4,119 unit daripada 1,570 unit sebelumnya.

Mengenai prospek April 2021, MAA berkata, pihaknya menjangkakan jumlah jualan terus bertahan seperti bulan Mac berikutan kempen agresif yang dijalankan secara berterusan oleh syarikat-syarikat kereta. - Bernama