Covid-19: Sarawak perketat pergerakan rentas zon

Iklan
Hari ini, Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 960 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 22,920 kes. (Gambar hiasan)

KUCHING - Berkuat kuasa Isnin depan, pergerakan merentas zon di Sarawak perlu mendapat kelulusan polis yang hanya akan mengeluarkan permit kepada mereka tersenarai dalam kategori perkhidmatan penting, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak berkata, perkara berkenaan diputuskan oleh jawatankuasa itu setelah mendapati sebanyak 505 kes positif Covid-19 dan lapan kluster direkodkan sejak Januari lepas disebabkan oleh pergerakan antara zon.

Iklan
Iklan

"Senarai perkhidmatan penting adalah (sektor) pengangkutan awam; pemandu yang menghantar barang makanan dan keperluan harian; dan hal-hal kecemasan,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Covid-19 di sini pada Jumaat.

Zon Kuching terdiri daripada Samarahan dan Serian; zon Sibu (Sibu dan Sarikei); zon Bintulu; serta zon Miri.

Iklan

Sementara itu, mengenai waktu operasi bagi premis perniagaan pada bulan Ramadan, Uggah berkata, hanya premis perniagaan yang menjalankan perniagaan runcit dan keperluan makanan sahaja dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam.

"Bagi pusat hiburan yang beroperasi seperti bistro dan kafe (termasuk pusat karaoke) hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam,” katanya.

Iklan

Hari ini, Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 960 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 22,920 kes. - Bernama