JOHOR BAHRU - Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dan kereta di Kilometer 5, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, di sini pada tengah hari Jumaat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang membabitkan sebuah ambulans hospital swasta dan kereta Perodua Kenari yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun.