MAHB catat penyusutan trafik penumpang trafik penumpang

Iklan
MAHB catat penurunan sebanyak 76.8 peratus dengan 5.9 juta trafik penumpang bagi suku pertama 2021. Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan penurunan sebanyak 76.8 peratus dengan 5.9 juta trafik penumpang bagi suku pertama 2021 disebabkan pengenaan semula Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 13 Januari 2021 di Malaysia.

Syarikat itu bagaimanapun berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SGIA) terus menunjukkan pemulihan secara beransur-ansur dalam trafik terutamanya dalam sektor domestik berikutan pelancaran vaksin Turki mulai Januari 2021.

Iklan
Iklan

''Sektor domestik dan antarabangsa masing-masing merosot 68 peratus dan 87.3 peratus pada suku pertama 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan 1.5 juta dan 4.4 juta pergerakan penumpang.

"Pada asas dua belas bulan, rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan 23.4 juta trafik penumpang, pengurangan sebanyak 82.5 peratus dalam tempoh yang sama sebelumnya,'' katanya dalam 'Passenger Traffic Snapshot Mac 2021' kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

Iklan

Pergerakan penumpang Malaysia berkurangan sebanyak 91 peratus manakala SGIA menguncup 40 peratus berbanding suku pertama 2020.

"Trafik penumpang Mac 2021 bagi rangkaian lapangan terbang MAHB susut 53.4 peratus kepada 2.2 juta penumpang. Sektor domestik serta antarabangsa masing-masing merosot 45.3 peratus dan 67.8 peratus.

Iklan

''Pergerakan penumpang Malaysia berkurangan sebanyak 82.1 peratus pada Mac 2021. Pergerakan penumpang domestik dan antarabangsa masing-masing menurun 75.9 peratus dan 91.9 peratus,'' katanya.

Manakala, pergerakan penumpang SGIA mencatatkan pertumbuhan positif buat kali pertama sejak wabak pandemik Covid-19, dengan peningkatan 7.4 peratus pada Mac 2021 berbanding Mac 2020.

"Sektor domestik merekodkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.4 peratus manakala sektor antarabangsa mencerminkan penurunan sebanyak 1.9 peratus," katanya.

MAHB berkata, Kota Kinabalu, Subang, Labuan, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau mencatatkan pergerakan penumpang yang lebih tinggi bagi Mac 2021 berbanding jumlah penumpang Januari dan Februari.

"Pemulihan lalu lintas akan terus bergantung kepada keberkesanan pelancaran vaksin dan sejauh mana sekatan perjalanan, yang mana penularan Covid-19 adalah terkawal di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa.

"Pas perjalanan kesihatan digital dan prosedur perjalanan yang lebih segerak di seluruh negara boleh menggalakkan perjalanan rentas sempadan dan sokongan dalam pemulihan perjalanan," tambahnya. - Bernama