“Kaitkan bomoh: Saya minta maaf pada Misha Omar”

Iklan

"SAYA telah DM (DM) Misha Omar di Instagramnya untuk meminta maaf dan masih menanti maklum balas daripada beliau,” demikian ujar Zahar Bubu yang mengakui menulis status mengaitkan Misha Omar dengan bomoh.

Tambah Zahar atau nama sebenarnya Ahmad Azhar, dia juga telah menghubungi peguam penyanyi tersebut melalui WhatsApp untuk tujuan bertemu dan meminta maaf secara bersemuka dengan Misha.

Iklan
Iklan

"WhatsApp saya telah dibalas dan peguam tersebut memberitahu menunggu tarikh yang sesuai kerana perkara ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.

"Saya dimaklumkan hanya diberi masa tujuh hari sahaja jadi sebab itulah saya bersama kawan saya Che Wan tampilkan diri sebelum tempoh tujuh hari tersebut tamat,” ujarnya.

Iklan

Bercakap kepada Sinar Harian, dia juga ingin meminta maaf secara terbuka kepada Misha kerana menulis status tersebut.

"Sebenarnya perkara itu hanya gurauan sahaja sebab emosi. Tapi tak sangka pula jadi perkara besar seperti ini.

Iklan

"Apa pun perkara telah berlaku dan di sini saya dengan rendah diri dan secara terbuka ingin meminta maaf kepada Misha Omar di atas perbuatan saya tersebut,” ujar Zahar lagi.

Jumaat lalu, Misha Omar telah mengadakan sidang akhbar berkenaan status di media sosial yang memfitnah dirinya dengan menggunakan khidmat bomoh untuk memenangi pertandingan Anugerah Juara Lagu lalu.