Peraduan TikTok Alzara sehingga 3 Mei

Iklan
Hilmon menunjukkan produk Alzara Foods Sdn Bhd.

SHAH ALAM - Orang ramai khususnya pembaca Sinar Harian masih berpeluang menyertai peraduan TikTok Alzara kerana tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 3 Mei ini.

Pengurus Jualan Kumpulan, Hilmon Abdul Majid berkata, tarikh tutup penyertaan sepatutnya berakhir pada 26 April ini, namun disebabkan penganjur mahu memberi peluang kepada orang ramai, maka tarikh peraduan tersebut dilanjutkan seminggu lagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, konsep peraduan TikTok Alzara juga kini lebih mudah dengan hanya mengikut lima syarat peraduan.

"Ia termasuklah merakam video TikTok memasak anda secara kreatif dengan menggunakan minyak sapi Alzara dan disertakan dengan iri-ngan muzik rasmi Alzara.

Iklan

"Rakaman video TikTok anda juga haruslah berdurasi tidak lebih seminit.

"Muat naik video memasak tersebut menerusi akaun TikTok anda dan tagkan bersama @alzaramalaysia dan @sinarharianonline,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Hilmon berkata, orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah duit raya secara keseluruhan berjumlah RM10,000.

Menurutnya, pemenang tempat pertama bakal membawa pulang duit raya RM3,000 beserta hamper minyak sapi Alzara.

"Bagi tempat kedua dan ketiga, masing-masing membawa pulang duit raya RM2,000 dan RM1,000 beserta hamper minyak sapi Alzara.

"Seramai 20 orang peserta ber-tuah akan membawa pulang RM200,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran peraduan TikTok Alzara bertujuan memperluas lagi penjenamaan produk baharu Alzara Foods Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.alzara.com.my ataupun hubungi Syed Zainul di talian 019-4722884.