438,220 individu sudah lengkapkan vaksinasi Covid-19 - Dr Adham

Iklan
Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin di bawah fasa satu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Jumaat.

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Jumaat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bagi tempoh sama juga, seramai 687,176 individu menerima suntikan dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin Covid-19 yang telah diberikan kepada penerima di seluruh negara sebanyak 1,125,396 dos.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan bilangan terbesar penerima dos pertama ialah Selangor (97,416), Kuala Lumpur (78,086), Sarawak (67,624), Johor (63,295) dan Perak (56,295).

Iklan

Lima negeri yang merekodkan jumlah tertinggi penerima yang telah melengkapkan dos vaksin mereka setakat ini ialah Selangor dengan 63,126 individu, Perak (48,795), Sabah (43,033), Kuala Lumpur (38,642) dan Sarawak (33,291).

Mengenai jumlah mereka yang mendaftar untuk program imunisasi itu, Dr Adham berkata, setakat Jumaat, seramai 8,902,528 orang atau 36.4 peratus daripada yang disasarkan telah mendaftar, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,347,091. - Bernama

Iklan