Sultan Johor berkenan sediakan bubur lambuk untuk rakyat

Iklan
Bubur lambuk yang disediakan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru akan disampaikan kepada kakitangan Istana bermula Sabtu. - Foto Facebook Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sempena Ramadan tahun ini, baginda berkenan menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada rakyat.

Menerusi hantaran dan gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah bubur lambuk yang disediakan di Istana Pasir Pelangi di sini akan disampaikan kepada kakitangan Istana bermula Sabtu.

Iklan
Iklan

"Bubur lambuk yang merupakan ‘buah tangan’ dari Istana juga bakal disampaikan kepada rakyat pada bulan ini,” titah Sultan Ibrahim menerusi Royal Press Office, seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook berkenaan pada Sabtu.

Menurut hantaran terbabit, Sultan Ibrahim pada tahun lepas pernah meluangkan masa memasak sendiri bubur lambuk di Istana Pasir Pelangi yang kemudian disampaikan kepada orang ramai di pelbagai lokasi seluruh Johor. - Bernama

Iklan
Iklan