KPM ambil tindakan sekolah tetapkan kokurikulum ikut kaum

Iklan
Mohd Radzi Md Jidin - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tindakan segera dan sewajarnya telah diambil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap sebuah sekolah menengah di Johor, yang dikatakan menetapkan syarat sesetengah aktiviti kokurikulum kepada pelajar Tingkatan Satu termasuk sukan, terbuka untuk satu kaum sahaja.

Terkejut dan dukacita dengan perkara itu, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menyatakan, panduan yang dikeluarkan sekolah itu bertentangan dengan matlamat dan asas pelaksanaan program sukan di sekolah.

Iklan
Iklan

"Biarlah anak-anak kita main bersama tanpa mengira siapa mereka. Kita tahu bahawa sukan adalah satu medium pengukuhan perpaduan yang amat berkesan. Dalam bersukan, semua ahli pasukan akan berikhtiar sehabis baik untuk memperoleh kemenangan.

"Tentunya tidak pernah terlintas di benak fikiran mereka, Aku kaum lain, maka... tidak sama sekali. Sebab itulah sukan merupakan wadah yang dapat mewujudkan satu semangat kebersamaan yang jitu,” menurutnya dalam satu catatan Facebook pada Sabtu.

Iklan

Seorang pengguna Twitter mempersoalkan tindakan sekolah menengah di Batu Pahat, Johor itu dan memuat naik gambar sekeping surat, yang mengandungi senarai kelab dan persatuan serta sukan yang didakwa terbuka untuk satu kaum sahaja.

Senarai itu antara lain menyatakan kelab Bahasa Cina hanya terbuka untuk pelajar kaum Cina, bola sepak (Melayu), bola keranjang (Cina), ping pong (Cina), bola jaring (Melayu) dan sepak takraw (Melayu). - Bernama

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: KBS bidas tindakan sekolah tetapkan sukan mengikut kaum