Bomba selamatkan wanita cuba terjun tingkat lima

Iklan
Anggota bomba memujuk wanita yang cuba terjun dari tingkat lima dalam kejadian di Bandar Puchong Jaya pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai cuba terjun dari tingkat lima sebuah residensi di Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.18 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi, kita dapati mangsa berusia 27 tahun cuba terjun dari tingkat lima dipercayai kerana mahu membunuh diri," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Tambah beliau, mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.