Barcelona alih sasaran buru kejuaraan LaLiga

Iklan
Pemain Barcelona meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Raja Sepanyol.

KEJAYAAN menjulang Piala Raja Sepanyol selepas menumpaskan Athletic Bilbao 4-0 pada Ahad membakar semangat Barcelona untuk menamatkan musim ini dengan satu lagi trofi iaitu menjuarai saingan LaLiga.

Pengendali Barcelona, Ronald Koeman menegaskan menjuarai LaLiga menjadi sasaran seterusnya buat kelab Catalan itu sekali gus memastikan musim pertamanya sebagai pengurus di Camp Nou berada pada landasan yang betul.

Iklan
Iklan

"Untuk memenangi sebarang kejuaraan adalah sangat penting buat saya. Walaupun banyak perubahan berlaku dalam pasukan, namun di kelab ini anda perlu sentiasa berjuang untuk menjulang trofi.

"Kami sudah berjaya memenangi satu (Piala Raja Sepanyol) dan sekarang kami akan berjuang untuk mememnangi LaLiga pula," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Lionel Messi meledak dua gol dan masing-masing satu gol daripada Antoine Grizemann dan Frenkie de Jong untuk memastikan kemenangan Barcelona dalam perlawanan di Estadio de La Cartuja itu.

Kejayaan menjulang trofi tersebut memadam kedukaan gergasi Sepanyol itu yang sebelum ini tewas kepada Bilbao pada aksi final Supercopa selain turut tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di peringkat 16 pasukan terbaik.

Iklan

Kelab yang berpangkalan di Camp Nou itu juga berpeluang untuk mencabar kejuaraan LaLiga dengan ketika ini berada di kedudukan ketiga liga dan hanya dibezakan dua mata dengan pendahulu, Atletico Madrid.

Dalam pada itu, Koeman menegaskan pasukannya layak untuk memenangi kejuaraan Piala Raja Sepanyol itu walaupun menghadapi kesukaran terutama hanya dapat memecahkan kebuntuan gol pada separuh masa kedua perlawanan.

"Keputusan dan aksi sebegini adalah normal, tetapi kami berhak memenangi piala ini. Kami memerlukan usaha yang lebih untuk menjaringkan gol, tetapi kami ada peluang. Penguasaan bola kami juga bagus selepas mendahului satu gol.

"De Jong dan Messi adalah pemain yang bagus. Messi telah membuktikan untuk beberapa tahun ini bahawa dia adalah yang terbaik di dunia dan sudah kemabli ke tahap permainan sebenarnya. Tetapi saya mahu memberikan pujian kepada semua pemain dalam pasukan ini," katanya.