Kadar jangkitan 10 kali ganda lebih rendah selepas vaksin

Iklan
Ahmad Amzad

KUALA TERENGGANU - Kadar jangkitan Covid-19 terhadap petugas kesihatan dalam tempoh sebulan buat masa ini adalah 10 kali ganda lebih rendah berbanding sebelum proses vaksinasi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, secara purata sebanyak 436 kes jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan direkodkan bagi tempoh sebulan ketika gelombang pertama Covid-19 melanda negara pada Mac 2020.

Iklan
Iklan

"Bilangan 40 kes yang dijangkiti jika dibandingkan dengan jumlah 438,000 petugas kesihatan yang telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 adalah peratusan yang sangat kecil.

"Daripada situ, kita dapat lihat sebanyak 99.9 peratus yang menerima dua dos vaksin tidak berlaku jangkitan Covid-19 walaupun mereka setiap hari berdepan dengan pesakit Covid-19.

Iklan

"Tambahan pula, risiko jangkitan buat masa ini amat tinggi berbanding tahun lalu di mana kes positif dalam tempoh sehari sekitar 2,000 kes berbanding angka puluh dan ratus kes pada tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ahmad Amzad berkata, perkembangan itu selari dengan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang menyasarkan berlaku penurunan signifikan jangkitan Covid-19 dan tidak mengancam nyawa.

Iklan
Seramai 438,000 petugas kesihatan telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19. - Foto Bernama

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan pada Februari 2021, hampir 4,800 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 walaupun ketika itu kes direkodkan tidak begitu tinggi berbanding hari ini.

"Berdasarkan situasi ini, bilangan kes melibatkan 40 orang petugas kesihatan dijangkiti Covid19 adalah 10 kali ganda lebih rendah berbanding purata jangkitan sebanyak 436 kes dalam tempoh sebulan sebelum divaksin.

"Selain itu, kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan juga menyebut bahawa 40 petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 juga didapati tidak menunjukkan gejala yang teruk," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 40 petugas kesihatan telah dijangkiti Covid-19 selepas mendapatkan dua dos suntikan vaksin.

Katanya, berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 15 April, sebanyak sembilan kes dijangkiti Covid-19 selepas lebih dua minggu menerima dos kedua vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMAS KINI] 40 petugas kesihatan dijangkiti, KP ingatkan terus ikut SOP