Akhirnya Rahul dapat status warganegara

Iklan
Wee Ka Siong (dua dari kanan) menyerahkan surat daripada JPN menyatakan Muhammad Rahul (dua, kiri) memperoleh taraf warga negara setelah tiga tahun memohonnya.

BATU PAHAT - Selepas menunggu sekian lama, akhirnya khabar gembira dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tiba, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Taman Mewah, Yong Peng, dekat sini kini beroleh taraf kewarganegaraan.

Khabar gembira itu diterima ibu angkat kanak-kanak berkenaan, Nur Armirasari Bahrain, 36, yang menyifatkan ia sebagai barakah bulan Ramadan yang mulia bagi anaknya, Muhammad Rahul Danish Abdullah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berita gembira itu diterimanya minggu lepas setelah lebih tiga tahun berulang alik ke pejabat JPN; baik di daerah, negeri mahupun Putrajaya; dan beliau amat berterima kasih kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong yang banyak membantunya.

"Muhammad Rahul diberikan oleh ibu kandungnya yang merupakan warganegara Indonesia ketika itu usianya baharu dua bulan. Saya dan suami, Abd Rahman Mohidin amat menyayanginya dan menganggapnya sebagai anak sendiri, lebih-lebih lagi kami tidak mempunyai anak,” katanya ketika ditemui semasa lawatan Ka Siong ke rumahnya ketika berbuka puasa pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu, Muhammad Rahul berkata, dia sememangnya tidak sabar untuk bersekolah dan gembira kerana dapat bersekolah seperti rakan-rakan yang lain.

"Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita saya dengan menjadi seorang ustaz atau tokoh agama,” katanya. -Bernama

Iklan