15 tahun AKPK perkasa rakyat ke arah kesejahteraan kewangan

Iklan
AKPK genap 15 tahun beroperasi sejak ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

SHAH ALAM - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) genap 15 tahun beroperasi sejak ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir, penubuhan tersebut melambangkan agensi itu yang sedang membimbing dan membantu pengguna untuk terus maju ke arah pengurusan wang yang lebih baik.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, setelah 15 tahun beroperasi AKPK telah menjadi pusat setempat bagi penyelesaian masalah pengurusan kewangan untuk isi rumah serta peniaga kecil dan sederhana (PKS) termasuk perniagaan mikro.

"Ini bermula dengan penyediaan kemudahan Program Pengurusan Kredit (PPK) untuk pemilik tunggal, diikuti dengan pemindahan fungsi Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) dari BNM ke AKPK.

Iklan

"SPPK merupakan jalan penyelesaian bagi PKS untuk mendapatkan bantuan pembayaran balik, lantas melengkapkan usaha industri perbankan dalam memberikan bantuan kepada PKS yang terjejas.

"Ini dilakukan dengan memudahkan perbincangan antara PKS dan bank dalam menyusun semula pembayaran balik secara baik dan kolektif, tanpa menggunakan saluran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu, Azaddin menegaskan bahawa AKPK sudah bersedia untuk menjalankan mandat baharunya malah telah merangka visi dan misi baharu untuk mencerminkan perubahan ini.

"Misi kami adalah untuk memperkasa masyarakat isi rumah dan PKS agar mempunyai daya tahan kewangan melalui pendidikan kewangan serta khidmat nasihat kewangan dan pengurusan hutang yang bertumpuan pelanggan.

"Untuk misi ini, kami telah menetapkan visi untuk menjadi peneraju yang berautoriti dan dipercayai ke arah kesejahteraan kewangan, memperkasa masyarakat yang berdaya tahan kewangan serta menyumbang kepada matlamat sosioekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, sepanjang 15 tahun kewujudan AKPK telah membuktikan dapat memberikan ketenangan fikiran kepada ramai rakyat Malaysia yang menghadapi kesukaran dalam menguruskan kewangan mereka.

Sehubungan itu, AKPK turut mempunyai kedudukan yang unik untuk membantu individu yang berada dalam keberhutangan serius agar dapat kembali membayar balik pinjaman mereka dengan selesa.