Suspek utama pukul pengawal peribadi direman lima hari

Iklan
Suspek utama kes pukul dan ugut bunuh dua pengawal peribadi kerana berpuasa (tengah) direman lima hari di Mahkamah Klang pagi tadi. - Foto Bernama

KLANG - Seorang lagi individu direman bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa.

Perintah reman terhadap suspek berumur 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Atikah Zakaria di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Suspek iaitu majikan yang disyaki memukul dua pengawal peribadi itu direman lima hari hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan), Seksyen 298 Kanun Keseksaan (menghina Islam) dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Suspek yang memakai kemeja-T baju berwarna biru tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 10 pagi tadi diiringi pihak polis.

Iklan

Ahli perniagaan tersebut ditahan polis pada jam 8.20 malam di sekitar Kuala Lumpur pada Khamis lepas susulan terbabit dalam kejadian memukul pengawal peribadinya sebelum ini.

Mahkamah Majistret Klang pada Khamis turut mengeluarkan perintah reman kepada empat individu termasuk seorang pengawal peribadi bagi membantu siasatan kes itu.

Iklan

Tiga daripada suspek yang merupakan pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit direman lima hari, manakala pengawal peribadi itu direman tujuh hari bermula Khamis (15 April). - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman

Dua 'bodyguard' dirotan, diacu pistol kerana berpuasa