Tiada layanan istimewa terhadap suspek pukul 'bodyguard' puasa

Iklan
Suspek utama kes pukul dan ugut bunuh dua pengawal peribadi kerana berpuasa direman selama lima hari di Mahkamah Klang pagi tadi. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah menegaskan tiada layanan istimewa terhadap suspek kes pukul pengawal keselamatan kerana berpuasa.

Menurutnya, dakwaan suspek utama diberi layanan istimewa sehingga dia boleh memohon maaf tidak timbul dan memohon pihak tertentu agar tidak mengambil kesempatan untuk memanipulasi isu tersebut.

Iklan
Iklan

Mohamad Zainal menjelaskan insiden suspek yang memohon maaf berlaku secara kebetulan ketika dia melintas di lobi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dibawa ke IPD Kelang Selatan.

"Ramai wartawan masih berada di IPD sejurus selesai sidang media saya berkaitan isu video raya yang mempromosi judi online," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, ketika itu wartawan mengambil gambar suspek sementara menunggu kenderaan IPD Kelang Selatan sampai ke pekarangan lobi dan sepintas lalu suspek bercakap begitu sahaja.

"Jadi, bukan suspek yang membuat sidang media. Malah wartawan juga tidak bertanya apa-apa soalan kepada suspek sebaliknya suspek dengan sendirinya memohon maaf dalam bahasa Cina dan dipetik oleh wartawan yang ada pada ketika itu," jelasnya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 'bodyguard' puasa: Mohon maaf sahaja tidak cukup

Pada Sabtu, Mohamad Zainal memaklumkan kertas siasatan berhubung kes pengawal peribadi dipukul kerana berpuasa oleh majikannya akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara Isnin ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua pengawal peribadi terbabit cedera selepas ditampar dan dimarahi majikannya gara-gara berpuasa di sebuah kondominium di Jalan Pinang di sini.

Ia bagaimanapun membawa kepada penangkapan lima suspek kes pukul itu sekali gus membongkar aktiviti sindiket perjudian dalam talian, pengubahan wang haram dan ah long.

Turut dirampas 100 jongkong emas seberat 100 kilogram selain 12,500 keping wang kertas AS$100 dengan nilai keseluruhannya mencecah RM28.45 juta.

Selain itu, pistol serta rotan yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa turut dirampas.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua 'bodyguard' dirotan, diacu pistol kerana berpuasa

Pukul 'bodyguard' puasa: Polis rampas 100kg jongkong emas, wang RM28.25 juta