Covid-19 makin 'mengganas' di Kelantan

Iklan
Jangkitan pandemik Covid-19 di Kelantan semakin meningkat kepada 332 kes pada Ahad. - Gambar hiasan 123RF

KOTA BHARU - Jangkitan pandemik Covid-19 di Kelantan semakin 'mengganas' apabila sebanyak 332 kes baharu direkodkan di negeri ini pada Ahad.

Perkara itu diumumkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin menerusi entri laman sosial beliau.

Iklan
Iklan

Dr Izani berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negeri Che Siti Wan Kembang itu pada Ahad ialah sebanyak 8,448 kes.

"Covid-19 berada dalam komuniti....jangan hadir tempat yang sesak," katanya.

Iklan

Menurutnya, orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana ditetapkan kerajaan.

Katanya, pematuhan SOP penting demi kebaikan bersama.

Iklan

"Keluar rumah pakai pelitup separuh muka, balik rumah basuh tangan," katanya.