NGO lawat tujuh kem pelarian, tinjau keperluan

Iklan

ADEN - Suasana aman dan tenteram di Aden menyebabkan bandar ini menjadi tumpuan pelarian dari utara Yaman yang bergolak.

Dianggarkan lebih sejuta pelarian berlindung di kem-kem sekitar bandar pelabuhan itu sejak setahun lepas, ekoran pertempuran yang tidak berkesudahan antara tentera pro kerajaan dan pemberontak Houthi di Utara Yaman memaksa mereka berpindah ke wilayah yang lebih aman.

Iklan
Iklan

Beberapa pelarian memberitahu, mereka berasal dari wilayah Hudaidah, Saadah dan Taiz yang teruk terjejas akibat pertempuran.

"Kami kebanyakannya berasal dari Wilayah Hudaydah. Kami kekurangan bekalan makanan seperti nasi, gula dan juga kekacang" kata Amir Ibrahim Adel, pelarian dari wilayah Hudaidah.

Iklan

"Umur saya 10 tahun. Walaupun duduk di kem pelarian ini saya belajar di sekolah di kampung berhampiran" kata Hassan Abdul Ghalib, pelarian dari wilayah Taiz.

Pada Sabtu, sebuah badan NGO, Global Peace Mission (GPM) Malaysia meninjau keadaan di tujuh kem pelarian iaitu Kem Ribath; Al baitarouh; Al Misyqaafah; Ma'ahad; Mas'abinn; Khalid Al Walid dan Zahrah Al Khalil.

Iklan

Ketua Misi #PeduliYaman, Syahrir Azfar Saleh berkata, tinjuan dilakukan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai jumlah pelarian dan keperluan mendesak di kem-kem tersebut yang dianggarkan dihuni lebih 1,500 keluarga, sebelum pembelian barang bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan dibuat.

"Sebahagian kem mempunyai fasiliti baik. Namun baik yang dimaksudkan sekurang-kurangnya mereka mempunyai tandas tetapi kurang sempurna. Mereka ada khemah kanvas namun beralaskan tanah beratapkan langit" kata Syahrir kepada Bernama News Channel.

Antara masalah lain dihadapi pelarian adalah wabak kolera, bekalan air terhad dan kekurangan ubat-ubatan.

Bandar Aden pernah terjerumus dalam peperangan sengit antara Puak Houthi dan Tentera Kerajaan pro - Presiden Abdul Rabbuh Mansur Al Hadi. Peperangan sejak 25 Mac 2015 yang berlarutan selama tiga bulan, tiga minggu dan enam hari. Peperangan itu akhirnya berpihak kepada tentera pro-Hadi dibantu Pakatan Tentera pimpinan Arab Saudi.

Sehingga kini Aden dikawal oleh Gerakan Selatan pro-Hadi, bermatlamat memisahkan kembali negara itu kepada Yaman Selatan dan Yaman Utara seperti sebelum 1990. - Bernama