KUALA TERENGGANU- Mayat yang dijumpai di dalam cerun semak di Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada Sabtu dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar di lokasi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar yang dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima keputusan hasil bedah siasat daripada Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ), di sini petang Ahad.
Iklan
Iklan
"Disebabkan keadaan mayat yang rentung, jadi sukar untuk mencari punca kematian sebenar mangsa.
"Bagaimanapun usaha dan siasatan masih diteruskan ke arah itu," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja pembersihan jumpa mayat terbakar dalam semak
Sebelum ini, mayat yang masih belum dikenal pasti identiti dan jantina ditemui dengan kesan terbakar di dalam cerun semak di tepi jalan utama Terengganu-Kelantan, Kampung Padang Air, di sini pada Sabtu.
Mayat dalam keadaan meniarap itu ditemui di cerun berkedalaman kira-kira tiga meter oleh seorang pekerja kontrak kebersihan pada jam 7.15 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.