Video promosi judi, sindiket bukan Ahli FDAM

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) tidak menemukan nama sindiket yang mempromosi iklan perjudian secara dalam talian dalam rekod keahlian FDAM.

Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya akan bertindak mengikut perlembagaan FDAM tanpa mengganggu siasatan polis jika mereka ada dalam senarai keahlian persatuan itu.

Iklan
Iklan

Beliau berpandangan insiden video itu juga telah memalitkan onar kepada karyawan filem terdiri daripada pengarah, kru produksi dan pelakon yang sentiasa menjaga integriti sebagai penggiat industri kreatif.

"FDAM menyelar pihak bertanggungjawab yang sanggup mencemar kesucian Ramadan dan Syawal serta mengguris perasaan umat Islam dengan penerbitan video itu,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Iklan

Ahmad menjelaskan, sebagai persatuan yang mengawal selia aktiviti pengarahan dan integriti pengarah, FDAM sentiasa memastikan ahlinya mematuhi etika seperti yang digariskan dalam perlembagaan.

Katanya, sesiapa yang didapati melanggar etika akan dipanggil oleh Jawatankuasa Tatatertib FDAM untuk diambil tindakan.

Iklan

Beliau juga berharap semua karyawan agar sentiasa mematuhi perlembagaan persatuan masing-masing dan undang-undang negara selain meminta setiap pemimpin persatuan untuk memantau ahlinya agar nama baik persatuan dan industri perfileman Malaysia sentiasa terpelihara.

Sejak Jumaat, tular dalam media sosial mengenai penyiaran iklan yang mengajak umat Islam di dalam negara berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 13 individu termasuk penerbit dan pelakon bagi membantu siasatan pembikinan kedua-dua video yang mempromosikan judi dalam talian itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan empat pelakon video kedua iklan judi online

PDRM siasat penerbit, pelakon iklan raya promosi judi online

Tular iklan Hari Raya Aidilfitri ajak berjudi