KUALA LUMPUR - Pekerja asing di Malaysia sudah pastinya memasang impian untuk mengubah taraf hidup keluarga masing-masing.
Tidak kurang juga dengan Amin dan Shamin yang terpaksa meninggalkan keluarga di Bangladesh demi masa depan yang terjamin.
Namun apa yang mereka lalui merupakan episode duka seperti ditindas oleh ejen.
Amin yang merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya berkata, bapanya terpaksa menggunakan wang simpanan untuk membayar caj ejen dan permohonan visa pelajar.
"Sebab itu saya bekerja keras untuk beberapa tahun pertama di Malaysia, saya mahu membayar balik, saya mahu membuat ayah bangga," kata Amin.
Bagi Shamin pula, dia dan keluarga terpaksa meminjam wang daripada saudara-mara dan rakan-rakan untuk memastikan dia sampai ke Malaysia.
"Saudara-mara dan rakan-rakan saya tidak kaya. Saya mahu memulangkan wang mereka dengan lebih cepat tetapi gaji saya tidak banyak," luahnya.
Shamin berharap untuk mendapatkan semula pasportnya daripada ejen tempatan dalam usaha untuk ‘menghalalkan’ kedatangannya di Malaysia seterusnya mencari kerja yang lebih lumayan.