KAHERAH - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh, manakala 98 yang lain cedera dalam nahas kereta api tergelincir di utara Kaherah, pada Ahad.
Menurut Kementerian Kesihatan Mesir, sebanyak 60 ambulans telah dihantar ke tempat kejadian dan mangsa yang cedera telah dipindahkan ke tiga hospital awam.
Iklan
Iklan
Kemalangan dipercayai berlaku apabila empat gerabak kereta api yang datang dari Kaherah ke bandar Mansoura Delta, tergelincir.
Presiden Abdel-Fattah al-Sisi memerintahkan pembentukan jawatankuasa untuk membentangkan laporan berhubung punca kejadian.
Siasatan kini sedang dijalankan ke atas pemandu kereta api dan pembantunya, serta lapan pegawai lain di stesen kereta api Toukh, kata pejabat Pendakwa Raya. - Xinhua