KPM tidak akan pinggir negeri pembangkang: Maszlee

Iklan
Maslee ketika mengadakan pertemuan dengan barisan exco dan menteri pendidikan negeri di Putrajaya, Jumaat lalu.

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan di bawah pentadbiran baharu memberi jaminan tidak akan meminggirkan negeri pembangkang demi memastikan agenda pendidikan untuk semua dapat direalisasikan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan akan memperkukuh jalinan strategik dengan semua kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan KPM diharap akan dapat membantu meningkatkan aksesibiliti dan kualiti sistem pendidikan negara," kata beliau.

Maszlee yang menerajui Kementerian Pendidikan sejak Mei tahun lalu telah mengadakan pertemuan dengan barisan exco dan menteri pendidikan negeri di Putrajaya, Jumaat lalu.

Iklan

Katanya, mesyuarat itu merupakan platform untuk perkongsian maklumat mengenai dasar atau program pendidikan terkini, di samping memperkukuhkan jalinan strategik antara kerajaan-kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan.

Malah menurut Maszlee, beliau telah berkongsi dengan semua exco dan menteri pendidikan negeri tentang dua visi penting iaitu menjadikan sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan dan mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi.

Iklan

"KPM telah menetapkan tiga hala tuju untuk merealisasikan visi tersebut iaitu pendidikan berteraskan nilai, peningkatan kualiti seluruh sistem dan autonomi dan akauntabiliti untuk sekolah dan universiti," kata beliau.

Pada pertemuan itu, tiga kertas makluman telah dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu Pendidikan Inklusif: Sifar Penolakan Kemasukan Ke Sekolah, Sekolah Milik Masyarakat: Konsep Sumbangan Awam dan Swasta Kepada Sekolah, dan Pelaksanaan Pembangunan Semula, Naik Taraf dan Penyelenggaraan Sekolah.