Gadis cari bapa jadi wali nikah

Iklan
Nur Imanina mencari bapa kandungnya bagi melancarkan urusan pernikahannya bersama pasangan pada September depan.

SHAH ALAM - Seorang gadis mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahan yang akan berlangsung pada September depan.

Nur Imanina Shahruddin, 20, berkata, bapa kandungnya, Shahruddin Hamid, 46, tidak dapat dikesan selepas keluar rumah ketika usianya 12 tahun dan dipercayai menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

Menurut Nur Imanina, sejak itu, mereka sekeluarga terputus hubungan dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan bapanya itu.

"Kami turut berhubung dengan keluarga sebelah bapa namun mereka juga buntu dan tidak mengetahui lokasinya yang terkini," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Sehubungan itu, anak ketiga daripada enam adik beradik itu berharap dapat bertemu segera dengan bapanya bagi melancarkan urusan perkahwinan bersama pasangan, Mohamad Kamarulazizi Kamaruzaman, 23.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lokasi terkini Shahruddin boleh berhubung terus dengan Imanina di talian 0176680368.

Iklan