Sikap pengunjung faktor utama SOP bazar Ramadan tidak memuaskan

Iklan
Penganjur bazar Ramadan Paroi Jaya, Aslam Nawabdin menggunakan pembesar suara mengingatkan pengunjung dan peniaga mematuhi SOP.

SEREMBAN - Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di semua 47 buah bazar Ramadan di kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) masih belum memuaskan.

Datuk Bandar, Datuk Zazali Salehudin berkata, sikap pengunjung yang tidak sabar dan lalai terhadap SOP terutama penjarakan fizikal menjadi faktor utama keadaan itu berlaku.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemantauan mendapati peniaga dan penganjur sudah mengikut SOP termasuk pemeriksaan suhu badan, pastikan pengunjung pakai pelitup muka dan menyediakan laluan untuk masuk dan keluar.

"Bagaimanapun menjelang satu jam waktu berbuka, keadaan mula tidak terkawal kerana pelanggan semakin ramai terutama ketika hujung minggu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila ada pengunjung yang mengambil jalan pintas masuk ke kawasan bazar dengan melompat tali sekatan yang dipasang.

Pengarah Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran MBS, Mohd Lotffee Abdullah (dua dari kiri) dan Ketua Balai Polis Paroi, Sarjan Mejar Abd Rahman Wasis melakukan pemantauan di bazar Ramadan Paroi Jaya.

Jelas beliau, pengunjung sepatutnya memainkan peranan penting membantu memastikan pelaksanaan operasi bazar Ramadan berjalan dengan baik.

Iklan

"Saya setuju dengan kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyatakan tidak mudah memastikan penjarakan di bazar Ramadan.

"Bagi saya ia sepenuhnya jadi tanggungjawab setiap orang. Jadi tidak sepatutnya kesalahan 100 peratus diletakkan kepada peniaga dan penganjur," katanya.

Kata Zazali, MBS sebolehnya mahu mengelakkan mengambil tindakan menutup bazar kerana ia akan menyusahkan peniaga.

"Pendapatan peniaga bergantung kepada perniagaan mereka tetapi setakat ini tiada lagi yang diarah tutup.

"Kita sudah memanggil semua penganjur baru-baru ini dan mengingatkan mereka mengenai SOP dan pemantauan akan dilakukan dari masa ke masa," katanya.