'Syukur, Aqil selamat jalani pembedahan gusi'

Iklan
Kisah penderitaan Muhammad Aqil Aqmar Nordin,4 yang mengalami ketumbuhan di mulut turut tular di laman sosial. Nordin bersama Muhammad Aqil yang kini menunjukkan perkembangan positif sehingga kini selepas menjalani pembedahan tersebut.

MARAN -"Syukur pembedahan anak saya berjalan lancar dan ia juga berkat doa mereka di luar sana," kata Nordin Jasni, 39 bapa kepada Muhammad Aqil Aqmar Nordin,4 yang mengalami ketumbuhan di mulut.

Nordin memberitahu, anaknya selamat menjalani pembedahan gusi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 14 April lalu.

Iklan
Iklan

Kisah penderitaan kanak-kanak dari Felda Ulu Jempol, Maran ini pernah tular dan dilaporkan Sinar Harian pada 11 September 2020.

Perkembangan anaknya itu tular di laman sosial dengan beberapa portal popular memuat naik kisah kanak-kanak tersebut yang dikesan memiliki ketumbuhan terbabit sejak usia tiga bulan.

Iklan

"Saya gembira dan bersyukur kerana pembedahan kedua ini berjalan lancar selepas kali pertama pada September tahun lalu.

"Pembedahan ini membolehkan keadaan dalam mulut anak kami lebih luas, jadi dia boleh makan dan minum dengan lebih selesa berbanding sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Nordin bagaimanapun memaklumkan tarikh bagi pembedahan di mulut anaknya masih belum diketahui namun mengakui lega dengan perkembangan positif Muhammad Aqil Aqmar sehingga kini.

Dalam pada itu, Nordin yang juga seorang buruh binaan mengakui sejak penderitaan anaknya didedahkan, dia menerima bantuan daripada pelbagai pihak dan individu yang prihatin.

"Saya juga menerima banyak kata-kata semangat, doa dan sokongan untuk anak dan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu selama ini," jelasnya.

Bagi mereka yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat (220301411912) atas nama Nordin Bin Jasni.

ARTIKEL BERKAITAN Derita ketumbuhan di mulut sejak usia 3 bulan