BACHOK - Seorang buruh ditahan dalam serbuan di Kampung Budi, Tawang, Selasa lalu memiliki 879 pil kemerahan disyaki dadah jenis pil kuda.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminudin Raja Abdullah berkata, pil bernilai lebih RM10,000 itu ditemui di dalam beg milik suspek.
Katanya, suspek berusia 26 tahun itu direman sehingga 4 Disember ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Suspek positf dadah jenis metaphetamine dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.
"Kita percaya dadah yang dimiliki untuk pasaran setempat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, hari ini.