Bersatu masuk Sabah: Shafie keluar kenyataan esok

Iklan
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

TAWAU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengeluarkan kenyataan esok berhubung keputusan Bersatu bertapak di Sabah.

"Kenyataan akan dikeluarkan di Kota Kinabalu,” kata Shafie ringkas ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) sebelum itu menyempurnakan penutupan majlis konvensyen Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, Jabatan Ketua Menteri di dewan Kompleks Sukan Tawau.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu mengumumkan keputusan parti untuk mengembangkan sayap ke Sabah.

Iklan

Pada masa sama, bekas Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor mengesahkan lima ahli parlimen serta lapan ADUN yang keluar UMNO pada Disember lepas sudah menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO.

Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee pula mengesahkan kira-kira 100,000 bekas anggota UMNO bersedia menyertai Bersatu.

Iklan

Sebelum ini, Shafie meminta agar Bersatu mengotakan cakap untuk tidak mengembangkan parti ke Sabah selaras dengan janji 'adik-beradik' yang dilakukan sebelum PRU14 lalu. - Bernama