PPR Raya Permai dapat parkir percuma dua bulan

Iklan
Teresa dan Nor Hisham meninjau kemudahan yang disediakan.

KUALA LUMPUR - Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai menikmati dua bulan parkir percuma selepas siapnya tempat letak kereta bertingkat di perumahan tersebut.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, bangunan sembilan tingkat menyediakan 1,002 petak tempat letak kenderaan itu dikenakan caj bulanan RM60.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bangunan tersebut turut dilengkapi kemudahan lain termasuk dewan serbaguna, gelanggang badminton, ruang niaga, lif, surau dan tandas serta pejabat pengurusan.

"Kemudahan ini dikhususkan kepada penduduk yang lokasi petak ditentukan melului undian yang akan dilakukan.

Iklan

"DBKL berharap dengan kemudahan ini dapat mengurangkan kesesakan di kawasan parkir luar dan menggalakkan penduduk menggunakan kemudahan awam bersesuaian dengan lokasinya yang berhampiran dengan stesen LRT dan ERL," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pembukaan rasmi tempat letak kereta bertingkat PPR hari ini.

Teresa (dua dari kanan) dan Nor Hisham (kanan) merasmikan pembukaan TLKB PPR Raya Permai, hari ini.

Iklan

Turut hadir, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

PPR Paya Permai mempunyai empat blok dengan 1,264 unit.

Jelas Nor Hisham, sebanyak 12 projek TLKB dalam kawasan Perumahan Awam (PA) dan PPR DBKL yang diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar untuk diuruskan selepas siap sepenuhnya.

"Ia termasuk PPR Kampung Baru Air Panas, Desa Rejang, Hiliran Ampang, Seri Sabah, Seri Kota, Taman Mulia, Desa Tun Razak, Desa Petaling, Pekan Kepong, Intan Baiduri, Paya Permai dan Seri Pantai.

"Tujuh daripada projek sudah disiapkan setakat ini. Secara keseluruhan dapat mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dalam kawasan perumahan dengan kemudahan tambahan demi keselesaan dan peningkatan taraf hidup warga kota," katanya.