Klopp kecewa Liverpool gagal pertahan kelebihan gol

Iklan
Penyerang Liverpool, Sadio Mane (kiri), berjaya melepasi kawalan pertahanan Leeds United.

PENGENDALI Liverpool Jurgen Klopp mengakui kecewa apabila skuad kendaliannya itu gagal mempertahankan kelebihan gol yang dimiliki dan terpaksa berpuas hati apabila terikat 1-1 Leeds United pada awal pagi Selasa.

Menurut Klopp, biarpun bermula cemerlang dan membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi Sadio Mane, The Reds dilihat gagal menambah jaringan dan kemudiannya memilih untuk lebih banyak bertahan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, taktikal berkenaan nyata mengundang padah apabila apabila ia digunakan sebaiknya oleh jentera serangan The Whites untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi Diego Llorent pada minit ke-87.

"Kami telah memulakan perlawanan dengan begitu baik, namun seperti yang anda tahu Leeds United adalah pasukan yang penuh dengan muslihat tersendiri.

Iklan

"Biarpun kami mengawal perlawanan, tetapi kesempatan itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk menambah jaringan buat pasukan setelah Mane (Sadio) menjaringkan gol pada minit ke-30.

"Kemudian tindakan pemain untuk lebih banyak bertahan pada separuh masa kedua ternyata satu kesilapan besar apabila ia dimanfaatkan oleh pemain Leeds United untuk menjaringkan gol di penghujung perlawanan,” katanya.

Iklan

Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool kini berada pada kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 53 mata.

Sekali gus menjadikan buruan The Reds untuk mengisi slot empat pasukan teratas EPL musim ini semakin mencabar.

Mengulas lanjut, Klopp menegaskan, The Reds perlu lebih berhati-hati dalam mengharungi perlawanan akan datang bagi mengelak dikecewakan lawan pada penghujung perlawanan.

"Secara jujurnya, perlawanan dengan Leeds United sememangnya sukar. Kita seharusnya menang 1-0, tetapi tidak mengapa kerana adakalanya anda juga memerlukan sedikit tuah untuk memenangi perlawanan,” katanya.