SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengibaratkan tiga parti Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti strategi dalam sukan sepak takraw.
Menurutnya, dalam sukan berkenaan, gabungan tiga tonggak yang bersatu hati dan tindakan akan mencapai kejayaan.