Mayat ditemui terbakar mungkin wanita

Iklan
Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mohktar.

KUALA TERENGGANU - Jantina mayat yang dijumpai di dalam cerun semak di Kampung Padang Air, Kuala Nerus, pada Sabtu dipercayai adalah wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya percaya mayat tersebut berkemungkinan milik orang hilang yang dilaporkan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Sebelum dan selepas penemuan mayat tersebut, memang kami ada menerima lebih daripada satu laporan berkait orang hilang, namun disebabkan keadaan mayat yang rentung, kita tidak boleh melakukan proses pengecaman mayat.

"Bagaimanapun, kita masih boleh melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kerana ada bahagian betis kanan mayat yang tidak terbakar bagi mengenal pasti identiti mayat terbabit, tetapi proses tersebut mungkin mengambil masa yang agak lama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Mohd Marzukhi turut menjelaskan, pihaknya sudahpun menjalankan ujian DNA ini kepada beberapa ahli keluarga yang berpotensi ada kaitan dengan mayat tersebut berdasarkan laporan polis dibuat.

"Setakat ini, kami sudah mengambil sampel beberapa ahli keluarga berpotensi ada kaitan dengan mayat berkenaan berdasarkan laporan polis dibuat bagi menjalankan ujian DNA," katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek bakar mayat belum ditangkap

Mangsa mungkin dibunuh sebelum dibakar

Pekerja pembersihan jumpa mayat terbakar dalam semak