'Kerajaan tidur, gagal selesai isu kenaikan harga barang'

Iklan
Anwar Ibrahim

PORT DICKSON - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan hari ini tidur kerana gagal menyelesaikan isu kenaikan harga barang.

Beliau berkata, ketika Pakatan Harapan (PH) menerajui kerajaan dahulu, masalah itu sudah lama diselesaikan dan diambil tindakan serius.

Iklan
Iklan

"Masalah harga barang ini, kalau Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail jadi menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah ada 'task force' selesaikan kerana tak boleh bebankan rakyat macam ini.

"Sekarang ini, orang susah pengangguran tinggi dan kadar kemiskinan bertambah, tapi senyap sunyi dari segi kementerian dan kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas hadir pada majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau Port Dickson di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikan harga barang ketika ini.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson berkata, masalah kenaikan harga barang yang tidak selesai ketika ini adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Iklan

"Saya pun lama jadi menteri. Bukan masa PH, masa saya jadi menteri dulu riuh kita panggil mesyuarat, jawatankuasa untuk selesaikan masalah ini," katanya.