Padah palsukan surat rentas negeri

Iklan
Cubaan seorang lelaki tempatan membeli tiket bas ke Pulau Pinang di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini pada Isnin untuk rakan wanitanya warga Vietnam membongkar penemuan surat rentas negeri palsu. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Cubaan seorang lelaki tempatan membeli tiket bas ke Pulau Pinang di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini pada Isnin untuk rakan wanitanya warga Vietnam membongkar penemuan surat rentas negeri palsu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, cubaan itu dikesan selepas lelaki terbabit datang ke terminal TBS pada jam 10 malam.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, kakitangan di kaunter tiket berkenaan mendapati borang rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis itu agak meragukan.

"Kedua-dua individu itu kemudiannya telah dibawa ke Pondok Polis TBS untuk pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati borang rentas negeri itu pernah dikeluarkan sebelum ini namun terdapat beberapa pindaan dibuat ke atas borang tersebut.

Katanya, kedua-dua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 22 (d) Akta 342.

Iklan

"Suspek lelaki berusia 38 tahun itu direman sehari manakala suspek wanita berusia 41 tahun direman empat hari," katanya.

Justeru, Mohamed Mokhsein mengingatkan kepada orang ramai untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan arahan semasa pihak berkuasa dalam sama-sama menangani penularan wabak Covid-19 ketika ini.