Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumi

Iklan
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan memerhatikan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kanan) menyiram air mawar ke atas pusara ayahandanya Abdul Rahman Baba, yang selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam hari ini. Foto Bernama

SHAH ALAM- Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada 2.45 petang tadi (Selasa).

Jenazah Allahyarham tiba di makam diraja pada 1.30 petang selepas dimandi dan dikafankan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Solat jenazah dilakukan di masjid sama selepas waktu zuhur.

Iklan
Iklan

Turut berangkat ke upacara pengebumian itu ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan.

Iklan

Abdul Rahman meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Seksyen 13 pada 3.40 pagi.

Terdahulu, Amirudin dalam kenyataan hari ini turut mengucapkan salam takziah kepada Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin.

Iklan

"Patik mewakili seluruh rakyat Selangor mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah. Al-Fatihah,” katanya. -Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Ayahanda Permaisuri Selangor meninggal dunia