Kes Covid-19 melonjak di Kelantan

Iklan
Perkongsian oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin di laman Facebook rasmi berhubung kes Covid-19 yang direkodkan di Kelantan pada Selasa.

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Angka positif Covid-19 harian yang direkodkan di Kelantan pada Selasa melonjak ke 429 kes dengan satu kluster baharu dicatatkan iaitu kluster pendidikan Jalan Pohon Tanjung - Pasir Mas.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, kluster tersebut melibatkan daerah Pasir Mas dan Tanah Merah.

Iklan
Iklan

"Terdapat peningkatan dalam jumlah kes harian Covid-19 di Kelantan pada hari ini (Selasa) sebanyak 429 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri ini adalah sebanyak 9,167 kes.

"Selain itu, satu kluster baharu turut direkodkan pada hari ini dan Covid-19 berada dalam komuniti,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Justeru, beliau dengan tegas mengingatkan rakyat supaya tidak berkunjung ke tempat sesak.

"Jangan hadir di tempat yang sesak dan terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi kebaikan bersama,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, berdasarkan Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memaparkan kluster Jalan Pohon Tanjung - Pasir Mas melibatkan daerah Pasir Mas dan Tanah Merah.

Kes indeks bagi kluster ini membabitkan kes ke- 7,403 yang dilaporkan positif Covid-19 pada 14 April lalu hasil saringan individu bergejala.

Kluster itu melibatkan kakitangan dan pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Pasir Mas – Pohon Tanjung, Pasir Mas dengan 46 individu disaring dan 28 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini sejak Rabu lalu.

Untuk rekod, bilangan kluster aktif di Kelantan berjumlah 31 kluster.