Morbidelli tetap gembira walau gagal ke podium

Iklan
Morbidelli

BIARPUN gagal berada di podium, pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli tetap gembira dengan kejayaannya menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Portimao di Litar Algarve, Ahad lalu pada kedudukan keempat.

Menurut Morbidelli, kejayaan berkenaan boleh disifatkan sebagai salah satu pencapaian terbaiknya dalam saingan MotoGP, musim ini.

Iklan
Iklan

"Saya sungguh gembira berjaya menamatkan perlumbaan dan bagi saya, perlumbaan kali ini berjalan lancar dan saya mampu untuk menempatkan diri dalam kelompok pelumba di barisan hadapan.

"Rentak dan langkah saya juga begitu ‘menjadi’ kali ini hingga membuatkan saya mampu bersaing bagi menamatkan perlumbaan dengan menaiki podium.

Iklan

"Oleh itu saya kini mahu memberi fokus pula kepada perlumbaan seterusnya di litar Jerez sempena GP Sepanyaol mulai 30 April hingga 2 Mei nanti,” katanya.

Sementara itu rakan sepasukan Morbidelli, Valentino Rossi gagal menamatkan perlumbaan kali ini berikutan masalah teknikal pada jenteranya.

Iklan

Katanya, tambah memburukkan keadaan apabila terpaksa bermula dari petak belakang bagi mana-mana perlumbaan.

"Sejak dari selekoh pertama saya sudah menjangkakan saya tidak akan berjaya untuk mengejar untuk berada pada kedudukan 10 perlumba terbaik (top-ten).

"Tambahan pula saya gagal mengawal jentara saya pada selekoh kesebelas dan ketika itu saya tahu perlumbaan GP saya kali ini sudah berakhir.

"Namun, saya tetap berbangga kerana kami sekurang-kurangnya menunjukkan peningkatan kali ini berbanding perlumbaan-perlumbaan lalu,” katanya.