Wacana Sinar terbang ke Sabah, kerjasama dengan Kupi-Kupi FM

Iklan
Wacana Sinar Harian PRU15: Pengundi muda penentu nasib Sabah yang akan disiarkan secara langsung pada 22 April.

SHAH ALAM - Sinar Harian dan Kupi-Kupi FM buat julung kalinya berkolaboratif bagi melebarkan sayap kerjasama di antara kedua-dua media itu di Semenanjung dan Sabah menerusi program Wacana Sinar Harian Siri 250.

Wacana bertajuk ‘PRU15: Pengundi muda penentu nasib Sabah’ itu bakal disiarkan secara langsung pada jam 3 petang Rabu di semua platform digital Sinar Harian.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarang Sinar Harian, Rozaid Abdul Rahman berkata, Kupi-Kupi FM merupakan stesen radio popular di Sabah, jadi ia menjadi peluang terbaik untuk Sinar Harian melebarkan sayap saluran berita ke Negeri di Bawah Bayu itu.

Rozaid Abdul Rahman

"Kerjasama ini juga membuka ruang kepada kedua-dua belah pihak menerokai platform digital masing-masing bagi menghasilkan kandungan program yang sesuai dengan masyarakat sana,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengurus Besar Kupi-Kupi FM, Lester Calvin Miol berkata, pihaknya sangat teruja dengan kerjasama yang pertama kali dimeterai ini.

"Saya rasa kolaboratif dengan Sinar Harian ini akan membawa kepada kegembiraan dan penerimaan informasi serta banyak segmen menarik pada masa hadapan.

Iklan

"Paling penting hasil penerimaan masyarakat Sabah sebab Kupi-Kupi FM dikenali dengan memainkan lagu dan menyampaikan informasi tempatan. Bagaimanapun kali ini, kami akan dapat lebih dari itu,” katanya.

Lester Calvin Miol

Wacana Sinar Harian Siri 250 yang dihoskan Raydwin Robin itu mengetengahkan panelis warga Sabah terdiri daripada Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Sabah, Muhammad Suffian Hindi; Naib Ketua Wirawati Warisan, Rina Jainal dan Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.