Bank Rakyat tawar hadiah bernilai RM300,000

Iklan
Bank Rakyat menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pelanggan sempena Aidilfitri.

SHAH ALAM - Bank Rakyat menawarkan hadiah menarik berjumlah RM300,000 menerusi Kempen Jalinan Lebaran yang berlangsung hingga 30 Jun 2021 sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, kempen itu memberi tumpuan kepada keperluan asas pelanggan bagi memastikan hari raya disambut penuh ceria.

Iklan
Iklan

"Orang ramai boleh merebut peluang dengan menyertai kempen menerusi langganan produk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Pembiayaan PKS/Mikro/Koperasi, Pembiayaan Pajak Gadai-i serta Kad Kredit-i Bank Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Syed Abdul Aziz berkata, seramai 30 pemenang bertuah yang melanggan produk Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat bakal menikmati pulangan tunai yang bernilai keseluruhan sebanyak RM180,000.

Iklan

Seramai 10 pelanggan yang melanggan produk Pembiayaan PKS/ Mikro/ Koperasi bakal memenangi pakej penjenamaan produk bernilai RM10,000 setiap satu. Bagi pelanggan Pembiayaan Kenderaan-i, turut ditawarkan hadiah-hadiah menarik seperti kad Touch ‘n Go, perlindungan takaful kemalangan diri dan baucar petrol.

Menurutnya, sempena tawaran Rakan Beli-Belah Anda, pelanggan Kad Kredit-i Bank Rakyat perlu melakukan transaksi pembelian minimum RM250 dalam satu resit di 50 rakan dagang terpilih seperti Aigner, Dome Cafe dan lain-lain untuk menikmati diskaun.

Iklan

"Selain itu, pelanggan boleh melakukan transaksi melalui DuitNow dan Bank Rakyat akan menyumbangkan 10 sen bagi setiap transaksi yang akan disalurkan kepada lima hospital terpilih. Pada 1 April lalu, Bank Rakyat melancarkan Kempen Riang Raya FPX yang berlangsung selama dua bulan sehingga 31 Mei 2021,” katanya.

Kempen itu terbuka kepada semua pelanggan yang mendaftar dengan iRakyat dan mereka perlu membuat sekurang-kurangnya tiga transaksi FPX dengan jumlah minimum RM10 di iRakyat sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

"Seramai 100 pelanggan dengan jumlah mata kelayakan tertinggi bakal memenangi wang tunai berjumlah keseluruhan RM30,000,” katanya.

Pelanggan boleh kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran atau layari laman web www.bankrakyat.com.my dan ikuti media sosial rasmi Bank Rakyat.