Keluarga Glazer digesa jual Manchester United

Iklan
IMBAS KEMBALI...Joel Glazer (kanan) dan Avram Glazer (kiri) ketika menyaksikan aksi Manchester United menentang Southampton di Old Trafford pada 19 Ogos 2016.

PEMILIK Manchester United, keluarga Glazer digesa menjual gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), The Red Devils dan meninggalkan England segera.

Itu saranan bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville yang turut meluahkan amarahnya selepas jutawan dari Amerika Syarikat tersebut menjerumuskan kelab Inggeris ke dalam saingan Liga Super Eropah (ESL).

Iklan
Iklan

"Pada saya tindakan ini satu perbuatan jenayah dan berharap mereka menarik serta memikirkannya semula. Saya ada membaca kenyataan Joel Glazer mengenai perkara ini dan ianya pada saya satu masalah.

"Dia bijak dan tahu apa yang dia mahu dari Liga Super Eropah. Dia tidak akan mengalah sebaliknya akan meneruskannya. Ini bukan sesuatu yang baik untuk Manchester United kerana mereka tidak mempedulikannya.

Iklan

"Tindakan keluarga Glazer akan mengubah landskap mengubah bola sepak negara ini selamanya. Jadi kita harus menggerakkan. Anda harus menulis surat kepada Ahli Parlimen anda, kelab bola sepak tempatan anda. Lupakan kesetiaan, kita harus menghentikan ini. Mereka cuba mengambilnya dari kami,” katanya.

Pada Isnin, Manchester United mengumumkan kelab itu bersama 11 lagi kelab elit gergasi Eropah menyertai entiti baharu bola sepak Liga Super Eropah.

Iklan