Pasal najis binatang pun jiran tetangga boleh bergaduh

Iklan

MERAK Jalanan tak tahu nak gelak atau bersedih bila membaca berita dua individu yang berjiran bergaduh besar gara-gara najis burung merpati di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Lebih dahsyat lagi pergaduhan itu bukan setakat perang mulut atau bertumbuk, sebaliknya sampai melibatkan sabit.

Iklan
Iklan

Insiden pergaduhan kerana najis burung merpati yang dibersihkan termasuk ke rumah jiran mengingatkan Merak Jalanan kepada banyak perkara.

Pertamanya betapa nipisnya nilai hormat dan kasih sayang kita kepada jiran pada hari ini.

Iklan

Apatah lagi dalam Islam Rasulullah pernah bersabda, ‘Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, hendaklah memuliakan jirannya’.

Bagaimanapun pada hari ini, konsep berjiran semakin pupus sehingga ada yang bukan sahaja tidak pernah mengenali, jauh sekali bertegur sapa dengan tetangga.

Iklan

Keduanya, kejadian seremeh najis burung merpati juga mengingatkan kita dalam hidup berjiran, kita perlu menghormati dan bertolak ansur.

Perkara-perkara kecil dan remeh, jika tidak dijaga dengan betul akhirnya boleh menimbulkan sengketa.

Selain kes najis burung ini, antara kes paling kerap jiran saling bermasam muka juga melibatkan najis iaitu tahi kucing.

Merak Jalanan tahu ramai rakyat Malaysia yang pencinta kucing, tetapi pandai bela, pandailah jaga.

Ini tidak, kucing peliharaan dibiarkan berak merata-rata sampai ke rumah jiran.

Tidak ketinggalan, satu lagi contoh terbaru bagaimana seorang individu tidak menghormati jiran dalam komuniti 1Malaysia apabila membela sehingga lapan ekor anjing.

Bau najis dan salakan bising anjing menyebabkan jirannya tertekan sehingga terpaksa membuat aduan kepada pihak berkuasa.