Jumlah kematian nahas kereta api Mesir meningkat 23 orang

Iklan
Jumlah mangsa maut dalam nahas kereta api di utara Kaherah, Mesir meningkat kepada 23 orang akibat kenderaan tergelincir dari landasan di bandar Toukh pada Ahad. - Foto Reuters

KAHERAH - Jumlah mangsa maut dalam nahas kereta api di utara Kaherah, Mesir meningkat kepada 23 orang, lapor Agensi Berita Xinhua memetik laman web rasmi Ahram Online pada Selasa.

Kemalangan berlaku ketika kereta api empat gerabak itu dalam perjalanan dari Kaherah ke kota Mansoura Delta, tergelincir dari landasan di bandar Toukh pada Ahad.

Iklan
Iklan

Pendakwa raya tertinggi Mesir telah mengarahkan 23 orang termasuk pemandu kereta api, pembantu, pemantau penyelenggaraan kereta api dan beberapa yang lain ditahan untuk siasatan lanjut mengenai kemalangan itu.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Kamel al-Wazir memecat Pengerusi Penguasa Kereta Api Nasional (NRA).

Iklan

Kemalangan kereta api di Mesir kebanyakannya disebabkan oleh infrastruktur, penyelenggaraan dan kecuaian manusia.

Pada 26 Mac, sekurang-kurangnya 20 orang maut dan hampir 200 cedera dalam nahas pertembungan dua kereta api di selatan Mesir.

Iklan

Kemalangan kereta api paling ngeri berlaku pada tahun 2003 menyebabkan lebih 300 terkorban. - Bernama