Pemain Leicester City bebas kecederaan

Iklan
Rodgers meraikan kemenangan 1-0 ke atas Southampton bersama penyerang, Jamie Vardy.

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers mengesahkan kesemua pemain The Foxes itu bebas daripada sebarang kecederaan menjelang aksi berdepan West Bromwich Albion, pada awal pagi Jumaat.

Menurut Rodgers, dia turut bakal menurunkan kesebelasan sama untuk berdepan West Bromwich sama seperti ketika menewaskan Southampton bagi aksi Piala FA, 19 April lalu.

Iklan
Iklan

"Setakat ini tidak ada sebarang perkhabaran mengenai masalah kecederaan baharu dalam kalangan pemain dan besar kemungkinan kami akan menurunkan kesebelasan yang sama untuk perlawanan ini.

"Ricky (Ricardo Pereira) pula dijangka beraksi setelah pulih daripada kecederaan yang dialaminya sejak sekian lama.

Iklan

"Bagaimanapun, kami tetap berhati-hati dengan prestasinya pada perlawanan ini nanti,” katanya.

The Foxes menewaskan Southampton 1-0 pada Ahad untuk mara ke final Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun.

Iklan

Dalam masa sama, Rodgers turut berpesan kepada pemainnya agar tidak terlalu mengambil mudah aksi berdepan West Brom berdasarkan kepada kejayaan mereka menewaskan Chelsea dan Southampton sebelum ini.

Katanya, kedua-dua kemenangan berkenaan disifatkan sebagai satu kejayaan besar buat West Brom musim ini biarpun terperosok pada kedudukan kedua terbawah pada kelompok bawahan EPL musim ini.

"Perlawanan ini agak ‘bahaya’ kerana West Brom telah menewaskan Chelsa dan Southampton baru-baru ini.

"Secara tidak langsung, menjadikan mereka (West Brom) sebuah pasukan yang merbahaya kerana mampu mencipta kejutan besar!” katanya.